“Sebaik Vietnam menjaringkan gol kedua, penyokong Vietnam mengangkat replika trofi kejuaran ke arah penyokong Malaysia sehingga membuatkan penyokong Harimau Malaya tidak berpuas hati,” kata seorang penyokong bola sepak negara yang hanya mahu dikenali sebagai Jefri mengenai tindakan sebilangan kecil penyokong Malaysia yang menyerang dan memukul penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dengan pada mulanya hanya berbalas kata-kata bertukar kepada balingan objek sebelum terjadinya kekecohan itu.
“Namun, tindakan pantas politis mengelak perkara lebih serius berlaku dan saya lihat ada beberapa orang cedera. Saya kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap ia tidak berulang kerana ia mencemarkan nama baik negara serta merosakkan perpaduan dalam sukan,” tambahnya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
ada sesetengah orang tk boleh terima kekalahan dalam bola sepak,,, pelik2,, padahal sukan merapatkan kita semua - kedaionlinemy.com
December 23, 2014 at 8:21 AM
well, sisi lain dari serunya sepakbola!
feburita.blogspot.com
December 30, 2014 at 8:20 AM
Post a Comment