Pengacara dan pelakon terkenal, Rozita Che Wan mendedahkan berat badannya meningkat kepada 75 kilogram semasa melahirkan Aaisyah Dhia Rana. Tetapi selepas dua bulan dan sembilan belas hari kemudiannya, berat badan aktres jelita itu menurun kepada 58 kilogram.
“Masa sedang mengandung lima atau enam bulan, kita dapat tawaran jadi duta produk pelangsingan, Idola. Kita tanya kat manager kita, Afeeq, bagus tak produk ni.
“Kami berbincang dan bercadang untuk mencuba sendiri produk ni. Selepas bersalin dan habis makan ubat yang diberikan oleh doktor, barulah kita cuba sendiri produk ini.
“Paling penting, kita tertarik sebab ia tak menjejaskan proses penyusuan baby kerana ia diperbuat daripada buah-buahan,” kata Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta itu.
Selain produk pelangsingan tersebut, dia juga ada menerima tawaran lain iaitu menjadi duta kepada sebuah pusat pelangsingan badan.
“Kalau jadi duta slimming centre, kita kena pergi ke pusat berkenaan dan perlu jalani macam-macam proses termasuk balut sana, balut sini, berjam-jam lamanya.
“Tapi kita ni malas dan tak ada masa nak buat itu semua. Jadi kita lebih berminat dengan produk yang mudah tapi bagus macam Idola.
“Kita cuma perlu ambil produk ini sehari sekali iaitu sebelum sarapan. Ternyata ia memang melawaskan dan membuang toksik-toksik dalam badan,” tambahnya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment