ONEXOX
BannerFans.com

Adik kesal MH370 dijadikan jenaka

on Monday, January 26, 2015



AKSI peserta yang menjadikan tragedi MH370 sebagai jenaka dalam pertandingan ‘Tata Beach Titanic Cup’ di Golden Bay, New Zealand, baru-baru ini, dikutuk oleh adik seorang penumpang kapal terbang itu. – AGENSI

WELLINGTON 26 Jan. – Adik kepada seora#ng lelaki New Zealand yang merupakan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 dilapor ‘meluat’ dengan tindakan peserta pertandingan ‘Tata Beach Titanic Cup’ yang membina replika pesawat MAS dalam pertandingan itu.

Malah lebih malang, peserta itu dinobatkan sebagai pemenang pertandingan perlumbaan bot kadbod tersebut yang juga menyediakan hadiah untuk ka­tegori bot karam paling dramatik.

Gambar yang disebarkan di Internet, memaparkan pesawat yang diperbuat daripada kadbod itu dimasukkan ke dalam laut semasa pertandingan tahunan yang diad#akan di Golden Bay.

“Saya amat terperanjat. Kehilangan pesawat itu juga masih belum mencapai tempoh setahun. Apa perasaan mereka sekiranya ahli keluarga mereka ada di dalam pesawat itu?




“Peserta itu tidak sepatutnya menjadikan tragedi tersebut seba#gai bahan jenaka,’’ kata wanita dari Christchurch, Sara Weeks sebagaimana lapor portal stuff.co.nz.

Abang Sara, Paul, 38, merupakan antara penumpang pesawat itu yang dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Be#ijing.

Pereka replika pesawat itu, Robert Chubb tanpa rasa bersalah berkata, dia percaya, sudah cukup lama sejak tragedi membabitkan pesawat MH370 berlaku bagi orang ramai untuk melihat perkara melucukan berbanding mencari kesalahan.

“Para penonton beranggapan replika itu satu pameran ya#ng baik.

“Tragedi MH370 merupakan satu peristiwa besar, sementara pertandingan ini hanya satu acara kecil-kecilan. Saya fikir orang ramai perlu melihat ironi dan unsur jenaka padanya,’’ kata Chubb.

Sementara itu, wakil pihak penganjur pertandingan, Dave Myall mengaku replika itu menggambarkan tentang bagaimana pesawat MH370 sedang tenggelam, namun ‘merit kesenian me#njadi faktor di sebalik pemilihan Chubb sebagai pemenang’.

“Saya minta maaf setelah mendengar kekesalan Sara, namun pertandingan ini merupakan acara tempatan dan perlu diambil daripada konteks itu,’’ katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved