Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Yusof Mohamad menyelar tindakan pihak pengurusan beberapa masjid yang dilihat tunduk kepada tekanan dan aduan kaum cina berbanding menjaga martabat dan ibadah agama Islam.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat setempat bahawa Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh menggunakan pembesar suara yang dapat didengar oleh masyarakat Islam.
“Setelah diselidiki wakil pihak pengurusan masjid mengesahkan bahawa perkara itu terjadi ekoran aduan yang diterima oleh masyarakat cina di situ. Walhal, selama berpuluh tahun ini, seruan azan yang berkumandang dengan menggunakan pembesar suara dilakukan tanpa sebarang halangan di masjid tersebut termasuk di masjid-masjid seluruh negara,” katanya dalam satu surat rasmi yang ditujukan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Jelas surat yang bertarikh pada 20 Januari lalu, perkara itu amat mengecewakan serta mencemarkan martabat agama Islam sebagai agama persekutuan.
“Azan merupakan lambang utama dan ibadah kepada umat Islam. Seperti yang YDP sedia maklum, fungsi azan itu sendiri adalah untuk menyeru dan memanggil umat Islam menunaikan solat. Jika seruan azan itu tidak dilakukan, maka apakah fungsi azan itu dapat dicapai. Malah dalam agama Islam, telah disunatkan agar dikuatkan seruan azan supaya masyarakat sekitarnya dapat mendengar,” ujarnya.
Kaum cina di kawasan situ telah menyatakan mereka tidak mahu mendengar langsung laungan Azan subuh atau sesuatu perkara buruk akan berlaku kepada surau dan pihak pengurusan surau. Turut mereka ingatkan bahawa negeri ini bukanlah milik UMNO untuk sewenang wenangnya berkeras dalam hal agama kerana rakyat Pulau Pinang telah memilih DAP bagi mendirikan kerajaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment