ONEXOX
BannerFans.com

Balas Tweet Najib Mengenai MH370, Pengguna Twitter Disiasat Polis

on Friday, January 30, 2015



Dek kerana satu tweet yang mendakwa kehilangan pesawat MAS MH370 adalah sat#u konspirasi, seorang pengguna Twitter kini dalam siasatan pihak polis.

Akaun Twitter yang menggunakan nama Fazel itu dipetik oleh ketua polis negara yang meminta pihak polis menjalankan siasatan apabila Fazel membalas satu tweet yang dimuat naik oleh akaun Twitter Perdana Menteri, Najib Razak.




Difahamkan, Fazel membalas tweet dari Perdana Menteri yang mengucapkan tak#ziah kepada keluarga mangsa nahas MH370. Fazel menyatakan kemalangan Mh370 sebagai satu konspirasi, bukannya satu kemalangan.

"@NajibRazak jibjib..it's not an accident, it's a conspiracy", tulis Fazel dalam ruangan komen Tweet Najib Razak.

Menyedari perbuatan pengguna Twitter terbabit, Ketua Polis Negara, Khali#d Abu Bakar kemudian menulis di Tweetnya, meminta agar PCIRC atau polis siber Malaysia menyiasat pengguna akaun Twitter terbabit"




“PCIRC@PDRMsia Sila kesan dan siasat ‘Fazel’ di bawah ini,” kata Khalid.

Bersama tweet itu, Khalid juga turut menyertakan keratan gambar 'screenshot' yang memap#arkan pengguna Twitter tersebut membalas tweet Najib Razak.

Semalam, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan MH370 sebagai kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggapo terkorban.



Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved