ONEXOX
BannerFans.com

Benarkah Chef Wan sakit selepas kutuk Dato Vida Qu Puteh ?

on Thursday, January 22, 2015




Masih kencang lagi di telinga dan juga di media tentang majlis Anugerah Juara Lagu ke 29 yg telah berlangsung baru-baru ini.

Tapi lagi kencang tentang kisah dua ikon yg cukup popular di Malaysia ini. Sapa lagi kalau bukan Datuk Chef Wan dengan Dato Vida.

Semua ini bermula apabila celebriti chef ini telah memuat turun status di Instagram yg memberi tahu beliau jelak dengan ulangan yg terlalu kerap daripada penaja.

Penaja pula sapa lagi kalau bukan pemilik wanita putih ini Dato Vida yg menjadi penaja utama dalam AJL 29. Kalau sapa2 tonton majlis tu pasti akan tgk setiap 15 minit adakan ada iklan, malah siap ada sesi promosi di belakang pentas produk Qu Puteh ini.

Pengacara juga seringkali mengulangi kata2 hikmah ini "Qu Puteh Qu Puteh... Barulah Putih...".

Kerana isu ini juga Chef Wan tidak menonton anugerah itu sehingga habis dan menutup tv kerana bosan dengan promosi itu.




Kisah ini belarutan sehingga pengasas produk kecantikan itu membidas segala tomahan dan juga kritikan daripad penonton AJL 29, termasuk membidas kenyataan Chef Wan. Apa pun harap kes ini selesai dengan baik antara dua pihak.

Tapi belum sempat isu ini damai Chef Wan kini telah di masukan ke wad kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut akaun Instagram anak beliau Serina Redzuawan menyatakan ayahnya di masukan ke wad hari ini berikutan kesihatan semakin menurun. Namun ramai pula yg menyatakan dan meluahkan perasaan atas gambar yg di muat turunkan itu.

Ada sesetengah menyatakan bahawa ini adalah balasan untuk seorang yg mulut celupah dan juga mungkin ini tanda untuk beliau dan kena minta maaf dengan org yg di kutuknya.

Apa pun kita doakan kesihatan yang baik kepada Datuk Chef Wan dan juga moga hubungan beliau dengan pengasas Qu Puteh Dato Vida semakin baik. Lagi baik kalau Dato Vida perli melawat Chef Wan di hospital sebagai tanda mereka tidak bergaduh dan saling berkawan.

Apa pun sakit ni menghapuskan dosa2 kecil tapi kalau dosa2 terhadap manusia ni tak boleh terampun melainkan kita minta maaf dengan org yang kita katakan itu.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved