ONEXOX
BannerFans.com

GST akan membebankan orang miskin..

on Sunday, January 25, 2015




Wawancara dengan 35 orang pekerja kilang di Selangor baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kesemua 35 pekerja kilang itu tidak gemarkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST - Goods & Services Tax) yang akan bermula pada 1hb April ini.

Kesemua mereka mempunyai gaji kurang dari RM2,000. Mereka berkata GST akan membebankan orang yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai walaupun bergaji rendah.

"Kami sepatutnya tidak harus dikenakan cukai. Orang kaya tak peduli tetapi orang miskin takut - itulah GST yang akan 'menyeksa' kami nanti," kata semua pekerja kilang yang diwawancara itu.





Mereka menyatakan kehairanan mereka mengapa kerajaan perlu melaksanakan GST kerana menurut akhbar harian yang dibaca oleh mereka, ekonomi negara berada diatas landasan yang kuat dan kukuh.

"Oleh itu, mengapa kerajaan perlukan wang dari orang miskin seperti kami?" mereka bertanya.

Soalan diatas patut ditujukan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Pekerja kilang tersebut juga berpendapat adalah tidak logik dan tidak munasabah untuk melaksanakan GST apabila ekonomi negara berada dalam kedudukan yang baik.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved