KUALA LUMPUR: Desas desus mengatakan pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus meninggal dunia adalah tidak benar sebaliknya yang meninggal dunia adalah cucu beliau yang berusia 13 tahun.
Pengerusi Pusat Perubatan Darussalam, Ustaz Manaf Jusof, memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa yang meninggal dunia ialah cucu kepada Datuk Ismail Kamus.
Cucunya meninggal dunia jam 8.30 pagi tadi kerana sesak nafas dan telah dikebumikan di Bukit Teratai Ampang selepas zohor tadi. Ismail Kamus ialah penasihat Pusat Perubatan Darussalam.
Sebelum itu jenazah cucunya disembahyangkan di Masjid Hidayah Kampung Pandan.
Terdahulu, maklumat mengatakan Ustaz Ismail Kamus yang meninggal dunia dan telah menjadi viral di laman sosial.
Desas sesus ini merupakan kali ke empat mengatakan pengamal perubatan yang terkenal ini meninggal dunia.
Sebelum ini, sudah tiga kali mati jika berdasarkan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.
Kali pertama khabar angin seperti itu bertiup di tengah masyarakat berlaku sekitar 16 tahun lalu, manakala yang kedua sekitar sembilan tahun lalu.
Dan desas desus kali ketiga pada tahun 2010 ketika beliau mengerjakan ibadat haji.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment