Tahun yang lalu digemparkan dengan berita seorang artis wanita sendu yang ditangkap khalwat dengan suami orang di rumahnya pada awal pagi.
Puteri Mardiana, pelakon filem seram menafikan dakwaan itu dengan berkata, dia dengan 'suami' orang itu hanya minum air sahaja. Selain itu, Mardiana juga mendakwa kekasihnya itu sudah bercerai dengan isterinya.
Tambah Mardiana lagi, mereka telah diperangkap oleh isteri kekasihnya itu dan bekas teman lelakinya yang tidak berpuas hati dengan mereka. Bagaimanapun, isteri Ejump, menafikan dakwaan itu.
Baca kenyataan isteri Ejump di bawah:
Wow, bagus sungguh permainan artis dan kekasihnya ini. Saya tak sangka saya akan mengaibkan suami saya sendiri di laman sosial ini tapi saya rasa dah tiba waktunya saya bersuara dan mempertahankan diri saya dan keluarga apabila maruah kami diperkotak-katik kan.
Dia ingat dia artis ramai kawan wartawan senang dapat slot masuk cerita dalam akhbar itu dia boleh menutup kesalahan dia. Kalau nak publisiti pun agak-agaklah sedikit. Dan yang nak tumpang glamor yang suam-suam kuku itu pun, malulah sedikit. Mari sini, saya nak cerita fakta dan saya ada semua bukti apa yang saya cakap.
1. Siapa aniaya siapa? Dipaksakah duduk berdua-duaan? Cukup-cukuplah kenyataan minum air itu, lawak sangat padahal Ejumps memang tiada di rumah USJ sudah beberapa hari sudah tak balik, nak salahkan JAIS pula.
2. Kenyataan bahawa ketika itu kami masih berkawan dan tiada langsung perasaan, kelakarkan? Tiada perasaan tetapi berpegangan tangan, kenyataan tidak matang.
3. Saya failkan fasakh pada bulan Mei lagi kerana tidak tahan dengan penderaan mental dan fizikal. Selain berlaku curang di belakang saya dia juga sering maki hamun dan memukul saya (dua laporan polis telah dibuat) serta mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
4. Tiada istilah bawa lari anak, saya keluar dari rumah atas nasihat polis dan peguam setelah dia memukul saya kali kedua. Laporan polis telah dibuat. Dia memukul saya ketika saya sedang mendukung bayi saya. Cuba bayangkan.
5. Rumahtangga kami goyah sebab sikap suami yang tidak pernah berubah, melakukan sesalahan yang sama berulang kali. Asyik bersukaria dengan kawan-kawan hingga pagi hampir setiap malam, dengan kumpulan kereta menggunakan kereta SAYA.
6. Keyataan hasutan ibu mertua itu cukup kurang ajar…sepanjang perkahwinan Ejumps memang tidak hormatkan mak saya. Mak mana yang sanggup tengok anak dia menderita dan terseksa? Tapi mak tak pernah masuk campur hinggalah dia memukul saya.
7. Memang dia tidak bertemu dengan anak, dia sedang asyik dilamun cinta. Dia tidak menghubungi saya pun hinggalah 5 Januari, saya dapat surat peribadi yang mengatakan mahu ambil anak setiap minggu pertama dan ketiga. Lawakkan? Surat peribadi, bukan surat peguam atau surat mahkamah pun. Tiba-tiba hantar surat konon ada inisiatif nak jumpa anak sebab kes bicara 22/1 ini. Untuk lindungi dirilah kan, nafkah anak pun tak beri cuma beri lampin dan susu untuk tiga bulan untuk buktikan pada mahkamah dia ada beri nafkah dan sediakan keperluan anak. Kasihan kan? Kemudian terdapat kes dia bawa lari anak ke tempat penggambaran balik subuh pagi. Anak saya baru 10 bulan TAHU? Anak sakit, kemaluan anak merah, kembung perut yang teruk. Patutkah saya percayakan dia untuk menjaga anak saya? Walaupun sejam saya tak percaya. Ejumps tak pernah sekali pun tukar lampin, tak pernah sekali pun bancuh susu, tak pernah sekali pun cuci buang air besar dan tak pernah sekali pun mandikan anak. Patutkah saya perjudikan keselamatan anak saya? Sudah tentu TIDAK.
8. Wow, kenyataan bahawa saya melengahkan kes. Ejumps yang banyak kali tidak hadir ke mahkamah sehingga kes tertunda. Kes pun sedang berjalan biarlah mahkamah yg tentukan..
9. “Dulu dia selalu tak balik rumah” ini memang kelakar. Saya yang duduk terperuk di rumah dia yang keluar rumah, saya pula yang dikatakan selalu tak balik rumah. Berat sungguh tuduhan ini. Cuba tanya diri, kenapa saya keluar rumah, KENAPA..? Saya mula keluar rumah setelah tidak tahan dengan perangainya. Saya keluar rumah atas nasihat polis dan peguam demi keselamatan diri dan anak. Saksi ada ramai.
10. Kenyataan akhir ini memang kelakar, bekerja sebagai arkitek? Cuba tanya, di mana ambil ijazah? Ada ijazahkah? Dengan sijil kemahiran senibina boleh jadi arkitekkah? Cuba jawab kerana itulah kenyataanya yang menipu saya dan kekuarga saya. Saya dapati semuanya hanya penipuan selepas kami berumahtangga.
Keluarga Ejumps pun tahu tentang rumah itu. Jika dia dan keluarga masih punya maruah diri sila kembalikan hak saya dan anak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment