Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk gereja dekat kompleks Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note.
Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor telefon. Salah satu nama lelaki ambil RM50 untuk beli susu anak.
Aku call nombor yang dicatat. Sembang beberapa minit, baru diberhentikan kerja jaga masa itu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh pergi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan India suruh pergi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dgn dia."
"Kenapa encik ambil RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?"
"Entahlah. Tapi walaupun tak ada orang jaga, tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing-pusing cari kerja."
Terdiam aku sekejap. "Lepas itu encik?"
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dengan nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok, gereja telefon dan lepas itu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Tak apalah, asal tak mencuri."
Aku langsung teringat pada seorang pakcik yang sedang meronda tempat parking masa itu.
"Encik masih kerja di situ?"
"Dak (tak) dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"
Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tetapi ahli qariah ada yang dapur tak berasap!
Renungkan:
- Kutipan setiap Jumaat yang tercatat ratusan hingga ribuan ringgit.
- Ke mana aliran kewangannya untuk kebajikan ahli qariah?
- Tidak cukup hanya bendahari. Siapa audit yang btauliah untuk kewangan masjid?
- Adakah di masjid tersedia satu biro khas yang mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll?
Memang benar data yang ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tetapi data itu terlalu umum. Sepatutnya masjid yang punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dalam menjaga kebajikan ahli qariah.
Didoakan semoga dengan adanya masjid² yang aktif dalam menjaga kebajikan ahli qariahnya semoga hati masyarakat lebih dekat dengan masjid yang ada layanannya mesranya cukup lumayan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment