ONEXOX
BannerFans.com

PELUKAN ROSMAH PADA LEE CHONG WEI UMPAMA IBU & ANAK

on Thursday, January 15, 2015



KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada suatu ketika dahulu.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Rosmah itu tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop baru-baru ini.

“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.




“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya.

Beliau turut kesal dengan tindakan Shahbudin yang juga penulis blog, yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara. Mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.

Tegasnya, dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved