Mesti anda ingat lagi tentang kisah semalam yang mengatakan suami Alyah, Datuk Ramli MS kini sudah berkahwin lain sehingga penyanyi itu merasakan kehidupannya kini sudah hancur dan terasa bodoh selama ini dipermainkan suaminya itu semua tidak benar.
Menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Alyah memuat naik penjelasan yang mengatakan beliau terlalu mengikut emosi sehingga mengirimkan gambar wanita yang mengganggu rumah tangganya ke Instagram namun tidak pernah keluarkan kenyataan suami sudah berkahwin lain.
“Saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kawin dengan perempuan tu. Maafkan saya kerana hari ini. Saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah lakukan kesilapan yang besar.Tapi janganlah memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar,” tulisnya.
Jadi kita semua boleh kembali bertenang kerana Alyah dan Ramli MS kini masih bersama dan ini semua berlaku kerana emosi penyanyi itu sendiri.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment