Punca sebenar penunggang motosikal maut bertembung di Bentong terjawab – Mangsa Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dari Sungai Besi menunggang motosikal KTM Duke 200cc dari Kuala Lumpur ke Berjaya Hill ketika kemalangan berlaku kira-kira tengah hari Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata Syaiful Buhairi Dia kemudian merempuh seorang lelaki lain yang menunggang motosikal Kawasaki Z800. Syaiful Buhairi meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa kedua yang motosikalnya meletup dan terbakar mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan.
Ok, itu adalah laporan berita semalam. Tetapi, ramai dikalangan keluarga dan rakan-rakan arwah terkilan dengan laporan berita dan kenyataan dari polis tersebut. Ini kerana, mereka ada bukti yang menunjukkan motosikal arwah bukannya hilang kawalan dan terbabas tetapi motosikal mangsa kedua yang memasuki laluannya.
Berikut adalah maklumat kejadian sebenar kemalangan daripada rakan konvoi dan foto rakaman kamera yang mengukuhkan dakwaan berkenaan. Anda boleh baca kenyataan penuh dibawah:
Penunggang motorsikal jenis Kawasaki Z800 (M1) adalah penunggang yang bergerak secara berseorangan. M1 menunggang ke arah menuruni bukit dan melalui selekoh S dan lokasi kejadian bukan di kawasan ‘blind spot’. Kejadian dikatakan disebabkan oleh kecuaian M1 yang memotong sebuah kereta jenis Honda City dan telah memasuki lorong bertentangan dengan kelajuan yang tinggi (menuruni bukit).
Pada waktu yang sama terdapat sebuah grup motor (KTM) yang disertai Epul Oren’s (M2) sedang menaiki bukit dengan kelajuan yang sederhana. M2 adalah motor yang kedua dikalangan peserta grup tersebut. Sewaktu M1 memotong kereta dan masih berada di laluan bertentangan,ketika itulah datangnya grup KTM yang menaiki bukit dan telah berlaku perselisihan. Motor pertama dalam grup tersebut berjaya mengelak tetapi motor kedua (M2) telah bertembung dengan motorsikal M1 dan terus terbakar.
M2 telah tercampak beberapa meter dan telah meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di bahagian dalaman dan patah tulang rusuk,tangan serta pinggul manakala M1 masih dalam keadaan kritikal di HUKM. Paramedik yang tiba gagal menyelamatkan M2 kerana tulang rusuk telah hancur dan bahagian dalaman dipenuhi oleh cecair (darah atau lain setelah organ dalaman cedera).
Di media sosial rata-ratanya menyalahkan M2 tanpa mengetahui kejadian sebenar. Bukankah sepatutnya ia menjadi kesalahan M1 kerana memotong di selekoh berbukit?Dan bukankah di laluan selekoh dan berbukit mempunyai ‘double line’? Jika anda lihat gambar dibawah jelas menunjukkan kejadian tersebut. Jadi, tujuan posting ini sedikit sebanyak boleh merungkai kejadian sebenar dan memperoleh kebenaran supaya dapat membela nama dan imej arwah.
Harap dengan penjelasan dan bukti yang diberikan boleh membersihkan nama arwah. Pada pemerhatian kami, ramai yang mendakwa arwah menunggang secara merbahaya dan sebagainya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment