Seorang jururawat telah dipercayai bunuh diri sel#epas ditipu dua orang juruhebah stesen radio dengan panggilan palsu yang memberi maklumat mengenai kehamilan Kate Middleton di Hospital King Edward VII.
Wanita yang dikenali dengan nama Jacintha Sald#anha yang sudah berkhidmat di hospital itu sejak empat tahun lalu ditemui mati di kediamannya berhampiran hospital tersebut.
“Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang ditemui tida#k sedarkan diri di rumahnya di Weymouth Street, jam 9.35 pagi waktu tempatan.
“Ambulans dihantar ke lokasi, malangnya wanita itu disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan,” kata jurucakap polis Scotla#nd Yard.
Dua deejay stesen radio, Michael Christian dan Mel Greig tela#h menghubungi hospital itu sekitar jam 5.30 pagi Selasa lalu.
Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth telah meminta untuk berca#kap dengan cucunya dan berjaya memujuk Saldana menyambung talian ke wad Kate menerima rawatan.
Panggilan palsu itu memalukan hospital berkenaan yang sering menjadi pilihan keluarga diraja. Greig dan Christian menerima kecaman hebat di Twitter dan pelbagai pihak ma#hukan mereka meletak jawatan dengan kadar segera.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment