Akhirnya penyanyi ini membuka mulut tentang status beliau yang dimuatnaik ke laman sosial hari ini sehingga menilmbulkan tanda tanya di kalangan para peminat beliau. Alyah mengakui yang suaminya, Datuk Ramli MS sudah berkahwin lagi dengan wanita lain.
Menerusi laporan Berita Harian hari ini, Alyah berkata beliau sudah menghidu lama tentang berita perkahwinan suaminya dengan wanita bernama Siti Hafilah Che Kar namun baru baru ini sahaja berjaya menerima bukti bergambar mereka berdua.
“Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tapi baru saja dapat bukti bergambar. Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin”
“Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti,” ujarnya.
Alyah turut mendedahkan yang suaminya itu selama ini menegah gambar mereka berdua sebagai suami isteri dimuat naik ke Instagram atau diambil bersama.
“Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak. Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur,” tambah Alyah lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment