Pengasas Qu Puteh, Dr Vida kekal tabah walaupun dikecam oleh segelintir masyarakat gara-gara iklan yang melampau pada Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29).
Turut tidak terkecuali yang mengecam pengasas Qu Puteh ialah Datuk Chef Wan yang dianggapnya sebagai sahabat sehingga chef tersohor itu terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik melihat iklan Qu Puteh disiarkan ketika menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29).
Tidak cukup dengan itu, Chef Wan juga telah berkongsi gambar lucu seolah-olah memerli produk Qu Puteh apabila memakai bedak sambil makan mi segera. Jika dibayangkan lebih lanjut, mee yang terjulur itu juga ibarat Chef Wan muntah disebabkan melihat iklan produk tersebut.
“Dia seharusnya tidak berbuat demikian kerana saya pernah berkunjung ke rumahnya semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia kira-kira 15 tahun lepas.
“Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama memberi bantuan untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti. Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment