IPOH - Gara-gara meletakkan kereta di tapak pasar malam, tiga orang individu telah dimaki hamun oleh seorang peniaga pasar malam yang menyewa tapak di kawasan itu.
Difahamkan, tiga individu yang mengaku diri mereka sebagai pelancong, meletakkan kereta di kawasan itu dan menjamu selera di kedai berhampiran.
Tindakan mereka itu telah menyebabkan seorang peniaga tidak dapat memasang khemahnya untuk memulakan perniagaan.
Menurut peniaga terbabit, tapak itu telah dibayar olehnya setiap bulan untuk berniaga. Dia juga hairan, bagaimana individu terbabit tidak tahu akan kawasan itu telah dikhaskan untuk peniaga pasar malam sedangkan terdapat papan tanda yang menunjukkan kawasan itu adalah kawasan pasar malam.
Tambahnya lagi, individu terbabit meletakkan keretanya di kawasan larangan dan jika dilaporkan kepada polis trafik, sudah pasti akan dikenakan saman RM300.
Setelah puas menunggu, akhirnya ketiga-ketiga pelancong cina itu muncul dan terus masuk ke dalam kereta tanpa meminta maaf. Tindakan mereka itu menimbulkan kemarahan peniaga terbabit dan mengambil tindakan terus memasang khemahnya di hadapan kereta mereka.
Pemandunya cuba meminta peniaga itu memberikan laluan kepada mereka, namun tidak diendahkan. Sebaliknya menerima maki hamun dari peniaga terbabit yang sudah berang.
"You bayar untuk saya ka? Takdak kan? You duduk diam-diam di sini. Pukul 2 pagi you boleh angkat," katanya.
"Lancau saya nak bagi you lepas itu macam. You kurang ajar tau, tak ada adab. You mari-mari terus masuk kereta. Lepas tu sekarang baru you nak minta maaf. Apsal tadi you tak minta maaf?," ujarnya dengan nada marah.
Meskipun dipujuk dan dirayu berkali-kali, peniaga terbabit tetap berkeras enggan menutup khemahnya, sebaliknya dia tetap melangsungkan perniagaannya di situ.
Dek memikirkan diri mereka (pelancong cina) sebagai mangsa, si perakam memuat naik video itu di laman Facebook yang kini menjadi viral.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment