Pangkalan Bun: Sejak bertugas sebagai pencuci di Hospital Imanuddin di sini, wanita berusia 23 tahun ini tidak pernah berdepan situasi mencabar.
Bagaimanapun, selepas tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terhempas hingga mengorbankan 162 nyawa, Sarinah ‘keletihan’ berikutan dia terpaksa melakukan pembersihan setiap kali mayat yang baru tiba di hospital berkenaan.
Hospital Imanuddin adalah lokasi transit pertama bagi mayat sebelum diterbangkan ke Surabaya untuk proses DNA.
Sarinah berkata, setiap kali mayat tiba di hospital berkenaan, sudah menjadi tanggungjawabnya dan rakan, Anis Neni Yuliati, 39, untuk mencuci lantai dengan kesan cairan kuning pekat menitis daripada mayat
“Kami akan bergilir untuk membersihkan setiap laluan serta salah satu sudut ruangan yang dijadikan pusat Unit Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) untuk mengenalpasti identiti mayat.
“Keadaan cuaca yang mendung membuatkan suhu di hospital sedikit lembab.
“Bau yang kurang menyenangkan menyusuk hidung kami sebaik mayat dibawa keluar dari kenderaan. Namun, bukan kesan roda yang terdapat di lantai, tetapi titisan warna kuning pekat dari tubuh mayat mengalir keluar membuatkan kami agak gentar,” katanya ketika ditemubual di hospital berkenaan.
Menurutnya, kesan cairan kuning pekat yang melekat di lantai menambah bau yang kurang menyenangkan di hospital berkenaan.
“Selepas mayat ditempatkan di sebuah bilik khas, tugas saya dan Anis membersihkan sisa cairan yang tinggal.
“Kami menggunakan pembasmi kuman dan cairan pemutih untuk menanggalkan kesan kotoran berkenaan,” katanya.
Sarinah mengakui bau yang kurang enak itu menyebabkan dia terpaksa meletakkan minyak kayu putih pada topeng muka bagi mengelak dia termuntah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment