ONEXOX
BannerFans.com

Anwar Ibrahim terima ugutan bunuh di Penjara?

on Friday, February 13, 2015



Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunak#an ilmu hitam untuk membunuh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi, beliau mendapat alamat ada pihak tidak bertanggungjawab telah menghantar hantu raya bagi mengancam keselamatan Anwar.

“Saya mendapat alamat, ada orang me#ngunakan ilmu sihir, (dengan perantaraan) hantu raya bagi membunuh Datuk Seri Anwar.




“(Disebabkan itu) ada pihak tertentu telah meminta saya uintuk menghalang cubaan jahat tersebut” katanya kepada SuaraTV sejurus selepas mengadakan upacara menghalau gangguan makhluk halus itu.

Ibrahim ketika ditemui di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buluh turut berdoakan keselamatan Anwar dari sebarang gangguan# yang tidak diinggini.



Di dalam upacara menghalau ‘hantu raya’ pentang tadi, Ibrahim turut mengunakan kayu golf dan empat biji buah limau sebagai simbolik menghalau hantu raya selain teropong buluh dan dua biji buah kelapa.

Tindakan Ibrahim itu turut mengundang perhatian# orang ramai yang secara kebetulan berada di kawasan sekitar.

Terdahulu Ibrahim melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya ahli parlimen Permatang Pauh itu tida#k bersalah sambil menyifatkan Anwar adalah merupakan seorang individu yang baik.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved