ONEXOX
BannerFans.com

GAJI RENDAH & SUKAR DIBUANG, PUNCA KAKITANGAN AWAM BUAT KERJA SAMBIL LEWA

on Monday, February 16, 2015



Baru-baru ini, gambar beberapa penjawat awam ditangkap bersarapan pagi dan beli-belah di bangunan SSAAS. Kes pe#nangkapan itu mengundang respon yang banyak dari netizen yang rata-rata mendakwa kejadian itu telah lama berlaku.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, sesetengah penjawat awam mengalami tekanan perasaan kerana tidak menerima gaji yang setimpal menyebabkan mereka malas dan prestasi kerja juga turut terjejas.

Menurutnya lagi, perkara itu selalu ber#laku di kalangan penjawat awam berpangkat rendah.

“Kos sara hidup semakin meningkat, tangga kenaikan gaji pula sepatutnya disemak setiap tiga tahun. Tetapi apa yang berlaku kini, semakan kenaikan gaji setiap sepuluh tahun pun tidak dibuat. Jika gaji mereka rendah, mereka akan mengalami tekanan perasan hingga tiada semangat mahu bekerja dengan komited.

“Kadang-kala mereka terpaksa bekerja lebih ma#sa dan dan ada yang bekerja secara sambilan atau membuat kerja lain untuk menambah pendapatan, jadi kualiti di tempat kerja sendiri merosot,” katanya.




Bagaimanapun, kadar penjawat awam yang bersikap negatif seperti itu tidak ramai dan hanya pada jumlah yang minimum.

Berlainan pula dengan pandangan penganalisis ekonom#i yang berpendapat, punca utama penjawat awam culas adalah kerana sistem kerja yang tidak mendesak untuk bersaing sehingga membuatkan penjawat awam berada di kedudukan yang selesa dan tidak mementingkan prestasi.

Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, walaupun penjawat awam diberikan imbuhan dan bonus, namun ia masih tidak menjamin kualiti kerja.

"Sewajarnya bonus perlu diberikan berdasarkan KPI yang# ditampilkan oleh setiap penjawat awam. JPA juga perlu mengkaji semula kaedah mengukur kualiti pekerja.

"Penjawat awam yang tidak mencapai KPI hanya layak menerima gaji bulanan seperti biasa tanpa bonus," katanya.

Menurut beliau, negara berdepan dengan masalah keculas#an penjawat awam kerana saiz jumlah penjawatan terlalu ramai.

“Situasi ini misalnya dalam satu jabatan memerlukan 10 orang kakitangan tetapi terpaksa lantik 20 orang kerana terdapat pekerja yang curi tulang. Perkara tidak sihat ini telah menyebabkan negara mengalami kerugian dalam bajet perbelanjaan operasi,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved