ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA VIDEO 4 INDIVIDU PEGANG FOTO NORA DANISH ANCAM LETUPKAN MAHKAMAH MALAYSIA TERJAWAP

on Monday, February 16, 2015




KUALA LUMPUR - Sebuah video yang memaparkan empat orang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di Mahkamah yang d#imuat naik ke media sosial semalam.

Dalam rakaman tersebut, jurucakap kumpulan itu memberikan amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan Mahkamah Malaysia dengan membakar mercun pada 18 Februari pada jam 11.30 malam, sambil memegang sekeping gambar artis wanita yang dipercayai Nora Danish.



"Kepada mana-mana parti yang telah la#ma memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

"Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda," kata jurucakap kumpulan itu.

Empat individu terbabit mendakwa perjuangan mer#eka baru saja bermula dan akan pergi lebih jauh.





"Semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang," katanya.

Tindakan empat individu ini dipercayai memp#unyai kaitan dengan insiden yang berlaku pada Ahad lalu dimana beberapa orang individu melakukan vandalisme di ibu kota dengan menggelarkan diri mereka 'Anti Kapitalisme'.

Usaha kumpulan ini juga dipercayai didalangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memprotes keputusan mahkamah yang baru-baru ini mengekalkan keputusan mahkamah rayuan bahawa Anwar Ibrahim bersalah dan dikenakan hukuman lima tahun penjara.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved