ONEXOX
BannerFans.com

Harga Minyak Dijangka Naik April Depan

on Thursday, February 26, 2015



KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) memaklumkan harga minyak (RON 95 dan 97) di pas#aran dijangka meningkat selepas suku pertama tahun ini berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia.

Presidennya, Datuk Hashim Othman menyatakan pihak persatuan tidak terlibat dalam menetapkan harga bahan api tersebut dan hanya akan mengikut harga yang diselaraskan oleh kementerian ya#ng berkaitan.

“Hanya Kerajaan yang mengambil bahagian dalam penentuan harga bahan api berkenaan.

“Sehingga kini, kita masih tidak tahu mengenai penyelarasan harga baru untuk April,” katanya kepada Malaysian Digest, hari ini.




Sementara itu, jurucakap rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika dih#ubungi Malaysian Digest memaklumkan bahawa penyelarasan harga baru bagi bahan api petrol ditetapkan Kementerian Kewangan selepas sistem apungan dilaksanakan sejak Disember lalu.

Dalam perkembangan lain, Hashim sebelum ini meluahkan kebimbangan ekoran penurunan harga bahan api dengan menya#takan peniaga mengalami kerugian antara RM20,000 dan RM100,000 kesan kejatuhan harga minyak pasaran.

Malah, sehingga kini harga petrol terus mengalami penurunan iaitu RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manaka#la RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.

Menerusi pengumuman tersebut, harga minyak seliter adalah RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

Difahamkan, harga minyak mentah dunia juga meningkat kepada paras AS$ 60 (RM216.50) setong berbanding harga sebe#lum ini iaitu AS$ 48 setong dan ini memberi bayangan kemungkinan harga minyak akan meningkat.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved