ONEXOX
BannerFans.com

Jiran Terdengar Bunyi Pelik Seperti Bunyi Orang Bertukang Dalam Bilik Mandi

on Sunday, February 22, 2015



ALOR GAJAH – Sepasang kekasih dicekup penduduk selepas dikesan bermadu asmara di dalam bilik m#andi di rumah sewa di Simpang Ampat, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, perbuatan terkutuk pasangan kekasih berusia 19 dan 17 tahun itu turut disertai seorang rakan lelaki yang tinggal serumah.

Difahamkan, perbuatan jijik itu dis#edari penduduk taman perumahan yang memeriksa selepas terdengar bunyi aneh dari arah bilik air di belakang rumah sewa itu.

Menurut sumber, jiran mereka mengesyaki sesuatu tidak kena selepas terdengar bunyi pelik sebelum memaklumkan kepada penduduk lain.

“Ketika meninjau luar rumah, jiran te#rnampak kelibat remaja perempuan dari tingkap hadapan memasuki bilik mandi bersama seorang lelaki.




“Tidak lama kemudian seorang lelaki mengetuk pintu bilik mandi itu lalu masuk menyebabkan jiran maklumkan kejadian kepada penduduk taman untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber berkata, sekumpulan penduduk memin#ta bantuan anggota polis serta imam masjid untuk melakukan pemeriksaan.

“Beberapa minit kemudian dua lelaki dan seorang wanita membuka pintu dengan berpakaian lengkap,” katanya.

Difahamkan, serbuan itu diketuai Pegawai Sya#rak merangkap Imam (2) Masjid Simpang Ampat Zainal Ketot bersama dua anggota polis dan ahli jawatankuasa penduduk taman perumahan berkenaan.

Sumber berkata, pasangan terbabit difahamkan bekerja di pekan Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Rahimin Bani berkata, mereka ditangkap kerana disyaki ber#khalwat di sebuah rumah.

“Pasangan terbabit bersama rakannya dipercayai bersekedudukan hingga mendatangkan syak dan boleh didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka ata#u denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

bunyi camno yg pelik tu...

bunyi anjing mengerang atau ungka mengawan


February 25, 2015 at 8:54 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved