ONEXOX
BannerFans.com

Mawi masih ingat lagi lawak "URDU" Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz

on Friday, February 13, 2015




Bekas juara Akademi Fantasia musim ke tiga, Asmawi Ani atau Mawi, 33 berkongsi kisah menarik ketika #kali pertama bertemu Allahyarham Nik Aziz pada tahun 2005.

Kata Mawi, ketika itu dia berpeluang mengadakan persembahan sempena perisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

“Allahyarham suka dengan perkataan #‘World’ yang saya bawa ketika di dalam program AF. Beliau mahu saya teruskan berbuat demikan. Itu yang apa kami bualkan ketika kali pertama berjumpa,” kata Mawi ketika dihubungi Astro AWANI.

Mawi turut bercerita yang dia sempat melawat Allahyarham ketika beliau dilaporkan jatuh sakit baru-baru ini.

“Saya ketika itu ke Kota Bharu untuk b#antuan amal mangsa banjir. Bila dengar Allahyarham tidak sihat, saya ambil kesempatan pergi melawat beliau di hospital.




Bila saya sampai, saya tengok Allahyarham sedang bersenam. Beliau pandang saya, kemudian bertanya ‘Apa Khabar’ dalam bahasa Urdu. (ketawa) Mungkin ketika itu beliau sangkakan saya adalah orang lain,” imbas Mawi mengenai kenangan manisnya bertemu bekas Menteri Besar Kelantan yang sememangnya fasih berbahasa Tamil, Urdu dan Arab selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu.

Kata Mawi, dirinya kagum dengan sifat A#llahyarham yang merupakan seorang yang sangat suka berkongsi ilmu sepanjang hayatnya.

"Tidak lokek ilmu dan sentiasa mengajar ilmu-ilmu agama. Itu kualiti pemimpin yang saya rasa sukar ditemui dewasa ini," kata Mawi.

Selain Mawi dan Amy, Datuk Siti Nurhaliza jug#a antara artis yang berpeluang bertemu dengan ikon negeri Kelantan itu ketika beliau masih sihat.

Sedutan pertemuan itu turut di muat naik Siti di laman Twitternya. Klip video yang diiringi lagu 'Lelaki' nyanyian penyanyi ini telah di twit semula lebih dari 300 pengguna twitter.




Ternyata pemergian tokoh agama yang diseg#ani ini turut dirasai oleh ramai. Beberapa selebriti tempatan turut berkongsi doa dan ucapan takziah di media sosial sejurus mengetahui pemergian Tok Guru.

Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di kediamannya pada pukul 9.40 malam Khamis, 12 Februari kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Ka#mpung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Nik Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved