PUTRAJAYA - Ramai di kalangan ibu sanggup mencipta pelbagai alasan hanya kerana mahu bersalin di Hospital Putrajaya (HPj) selain dari merebut peluang untuk mendapatkan angka 16 pada kad pengenalan yang menunjukkan tempat kelahiran di wilayah ini yang dianggap ist#imewa dan gah.
Lapor Harian Metro, HPj juga didatangi oleh mereka yang dari dalam dan luar Lembah Klang dengan melakukan pelbagai taktik dan usaha untuk mencari peluang melahirkan anak di wilayah ini.
Antaranya, mereka sering memaklumkan datang ber#siar-siar di Putrajaya pada saat-saat akhir kehamilan dan hadir ke HPj kerana merasakan sudah tiba masa untuk bersalin.
Ekoran dari itu, HPj dibanjiri oleh ibu hamil dari luar kawasan Putrajaya berbanding penduduknya sendiri.
Menurut Pengarah HPj, Datuk Nora'i Mohd Said be#rkata, secara puratanya, kira-kira 6,000 wanita melahirkan bayi di HPj setiap tahun dan 70% dari jumlah berkenaan adalah penduduk luar Putrajaya.
Bagaimanapun, pihak HPj tidak menolak sebarang pesakit sama ada dari dalam atau luar Putrajaya, namun bergantung kepada kekosongan dan kemudahan di HPj.
Walaupun begitu, perkara ini sebenarnya mendat#angkan masalah kepada penduduk Putrajaya yang seringkali merungut akan tiada kekosongan di Putrajaya menyebabkan mereka terpaksa bersalin di hospital yang lain. (Tidak dilaporkan dalam berita).
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment