LONDON: Harga minyak naik ke paras lebih AS$60 setong buat kali pertama tahun ini, didorong terutamanya daripada langkah peserta industri minyak dan gas menguran#gkan pelaburan cari gali, sekali gus mungkin menamatkan keadaan lebihan bekalan semasa.
Selain itu, prestasi ekonomi zon euro terutama Jerman yang berkembang lebih baik daripada jangkaan turut membantu menaikkan sentimen terhadap minyak.
Kontrak penanda aras antarabangsa, Dated Brent untuk penghantaran April, naik AS$1.12 kepada AS$60.40 pada pertengahan dagangan sesi pagi di sini selepas menceca#h paras tertinggi AS$60.54. Kontrak Amerika Syarikat (AS) malam tadi naik 80 cents kepada AS$52.01 setong.
Harga minyak mentah Brent sudah jatuh daripada paras tertinggi AS$115 pada Jun tahun 2014 kepada AS$45.19, terendah dalam enam tahun pada Januari lalu. Bagaimanapun, langkah pengurangan perbelanjaan daripada syarikat pengeluar minyak mendorong harga kembali pulih.
Apache Corp, antara pen#geluar utama minyak shal di AS, mengurangkan perbelanjaan modal pada tahun ini berikutan penurunan harga.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment