ONEXOX
BannerFans.com

PENIAGA ONLINE BIADAB, MARAH PELANGGAN MINTA PULANGKAN BAKI BAYARAN

on Tuesday, February 24, 2015



Kisahnya, seorang pengguna membe#li barang dari seorang peniaga online yang berharga RM41.00.

Oleh kerana tiada akaun Maybank, pembeli terpaksa membuat pembayaran menggunakan mesin ATM Maybank sebanyak RM50.00 kerana ATM tak dapat terima duit kertas RM1.00.

Selepas membuat pembayaran, pembe#li memaklumkan kepada peniaga online tersebut agar memulangkan baki wangnya berserta dengan barangan yang telah dibeli olehnya tadi.

Bagaimanapun, peniaga online berkenaan berang dengan tindakan si pembeli.



"Siapa suruh bank in RM50? Transfe#r je la RM41. Kan senang cerita? Ni nak menyusahkan orang pula nak letak duit baki dalam sampul," marah peniaga online berkenaan.

Dalam nada yang masih tenang, si pembeli memohon maaf dan menjelaskan dia tidak mempunyai akaun Maybank.

"Sorry sis, saya tak ada akaun Mayb#ank. Itu yang bank in je. Saya mita diskaun seringgit pun, sis kata tak boleh. Habis tu, baki RM9 tu sis tak nak pulangkan ke?," soalnya kembali.

Soalan si pembeli menambahkan lagi amarah si peniaga itu.




"Seringit pun nak diskaun ke? Kami di si#ni memang tidak akan memulangkan baki kepada pelanggan. Baki akan ditolak pada belian yang seterusnya. Terima kasih," balasnya.

Tindakan peniaga berkenaan mengundang kecaman teruk dari netizen yang rata-rata melabelkan peniaga itu kedekut, sombong dan biadab.

"Itu teknik penipuan dalam bisnes online. Leta#k harga yang orang tak boleh nak bank in. Balance dia boleh sapu. Bayangkan kalau ada 10 pelanggan sehari. Atas angin dah dapat RM90. Kalau 100 pelanggan?" dedah seorang netizen.

Adalah wajar pengadu mendedahkan nama peni#aga berkenaan agar orang lain tidak menjadi mangsa peniaga yang tamak haloba ini. Moga menjadi pengajaran pada mereka yang suka beli barang secara online.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Amir said...

kasar sungguh bahasanya..susah benar bagi dia untuk pulangkan hak orang :(


February 25, 2015 at 8:45 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved