ROMANIA - Seorang ibu tergamak mengabaikan bayinya yang berusia dua minggu sehingga tubuh badan bayi mala#ng itu menjadi kurus kering serta kulitnya berwarna kuning.
Selain itu, kulit bayi malang itu berwarna kuning dan menghadapi masalah kegagalan hati dan pernafasan serta jangkitan dalam darahnya. Keadaan bertambah teruk di mana bayi itu juga menjadi mangsa gigitan binatang.
Bagaimanapun, bayi berkenaan masih m#ampu bertahan untuk hidup sungguhpun diabaikan oleh ibunya sendiri.
Pihak hospital kini sedang berusaha menyelamatkan bayi itu.
Nasib bayi malang itu tidak hanya terh#enti di situ, dia ditinggalkan oleh ibunya di hospital dan langsung tidak pernah datang untuk mengetahui perkembangan anaknya.
Lapor Daily Mail, wanita itu mempunyai lapan orang anak yang lain. Manakala suaminya yang bekerja di Itali, dilaporkkan tidak dapat memberikan nafkah kepada isterinya selepas dipenjarakan atas kesalahan mencuri.
Keadaan bayi yang terkini selepas dise#lamatkan..
Keadaan itu menyebabkan wanita itu terpaksa berusaha sendiri mencari pendapatan bagi menyara diri dan anak-anaknya sehingga mengabaikan anak bongsunya itu yang masih belum diberikan nama.
Melihat keadaan itu, pihak berkuasa berc#adang menyerahkan bayi itu kepada Jabatan Kebajikan. Namun dihalang oleh ibunya kerana tidak membenarkan anak bongsunya itu dijadikan sebagai anak angkat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment