MELAKA: Dua penjawat awam antara lapan pasangan yang ditahan dalam operasi 'Hari Kekasih' oleh Jabat#an Agama Islam Melaka (JAIM) atas kesalahan melakukan maksiat di empat buah hotel di sekitar Melaka Tengah di sini, tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata seorang anggota tentera ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang pelajar kolej berusia 23 tahun di sebuah bilik hotel di Malim Jaya di sini pada pukul 12.15 tengah malam.
Beliau berkata lelaki berusia# 36 tahun itu pada mulanya cuba terjun dari tingkat satu hotel berkenaan sambil memegang pakaian seragam tenteranya namun membatalkan hasrat itu sebelum membuka pintu bilik.
"Lelaki itu membatalkan hasratnya apabila menyedari terdapat anggota JAIM menunggu di luar bangunan hotel," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua yang ditahan itu bukan pasangan suami isteri dan memberi alasan bermalam di hotel itu kerana ingin mengambil kereta di rumah kawannya.
Zurul Iman berkata seorang lagi p#enjawat awam daripada sebuah jabatan kerajaan di Melaka Tengah di sini ditahan bersama pasangannya di sebuah bilik hotel di Cheng di sini pada pukul 12.50 tengah malam.
Katanya, lelaki berusia 27 tahun bersama pasangannya berumur 30 tahun itu mengaku salah kerana bersekedudukan namun mendakwa dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Beliau berkata dua pasangan itu bers#ama enam lagi pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 37 tahun dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa ikatan sah.
Sementara itu, katanya JAIM akan membuat laporan rasmi kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk mengambil tindakan terhadap sebuah hotel di Peringgit yang menyediakan kondom untuk pelanggan yang menginap di hotel berkenaan.
"Tindakan perlu diambil kerana perbua#tan ini dilihat seperti menggalakkan aktiviti maksiat di negeri ini," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment