KEPONG - Video seorang pemandu wanita berbangsa Cina ditahan bersama rakannya, penumpang lelaki oleh an#ggota PDRM.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Kepong itu, wanita terbabit ditahan atas kesalahan memandu dengan lesen tamat tempoh dan tidak memakai tali pinggang keselamatan. Anggo#ta polis yang bernama Osman itu juga mahu memeriksa kereta wanita terbabit namun dihalang menyebabkan anggota terbabit terpaksa membawa mereka berdua ke balai.
Berdasarkan rakaman video yang dib#uat oleh si pesalah trafik tersebut, wanita itu dipercayai cuba 'membayar' anggota polis itu sebanyak RM20 agar dia tidak ditahan.
Post by My Media Hub.
Bagaimanapun, anggota polis yang wajahnya mirip Rahim Raja Lawak itu, enggan menerima wang yang ditawarkan menyebabkan dua individu itu mula menimbulkan kekecohan.
"RM20 kecil sangat, kasi you cek la kawan," si#ndir wanita itu.
Rakannya cuba menakut-nakutkan anggota polis itu dengan menghubungi Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman. Sekali lagi, tindakannya itu tidak dipedulikan oleh pegawai berkenaan.
Anggota polis itu tidak mahu mengeluar#kan saman, sebaliknya mahu membawa kedua individu itu ke balai untuk membuat pemeriksaan terhadap wanita itu.
Tindakan individu merakam video ini dipercayai cuba mencemarkan imej PDRM melalui media sosial. Bagaimanapun, niat merek#a dikecam oleh netizen yang rata-rata melabelkan kedua-dua individu itu sombong dan biadab.
PERINGATAN
Mana-mana orang awam yang ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas.
Jika didapati mengeluarkan kata-kata be#runsur makian, cacian, hinaan dan sewaktu dengannya, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment