Seorang individu memuat naik beberapa gambar seekor ayam yang didakwa berpenyakit misteri dan mend#atangkan bahaya kepada pengguna.
Bh Tan, memuat naik gambar-gambar berkenaan di laman Facebooknya pada 16 Mac yang lalu.
"Be Alert! Don't buy or eat ch#ickens at anywhere. Just receive message from one of the chicken processing company staff inform about all the chickens that they cut got infectious some mysterious disease. So avoids chicken for 1-2 weeks. Spread the message!!"
Terjemahan bahasa Melayu:
"Awas! Jangan beli atau makan ayam di mana-mana. Baru saja menerima mesej dari salah seorang kakitangan syarikat pemprosesan ayam yang memaklumkan tentang ayam yang dipotong o#leh mereka dijangkiti penyakit misteri. Jadi, elakkan dari membeli/makan ayam untuk seminggu dua ini. Sebarkan mesej ini!"
Jelas Bh Tan lagi, sudah ramai yang termakan ayam yang dijangkiti penyakit misteri itu menyebabkan timbulnya bintik-bintik merah di bahagian muka, badan dan tapak tangan.
Bh Tan juga mendakwa penyakit #bintik-bintik merah itu adalah virus dan kerajaan Malaysia telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum.
Bagaimanapun, dakwaan liar yang mengatakan Kerajaan Malaysia merahsiakan perkara itu adalah tidak benar.
Menurut sumber dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka tidak tahu akan kes berkenaan dan penyebaran k#es itu tidak dilaporkan kepada mereka. Namun tidak menafikan ada menerima laporan dari orang awam yang meminta pengesahan mengenai kes tersebut.
Hasil pemerhatian kami, tiada sebarang laporan mengenai ayam berpenyakit misteri ini tersebar di laman sosial mahupun dijual oleh peniaga daging ayam.
Pengguna dinasihatkan agar memerhatik#an tanda-tanda seperti dalam gambar pada daging ayam yang telah diproses sebelum membeli sebagai langkah berjaga-jaga. Mohon Kementerian Kesihatan Malaysia siasat perkara ini sebelum rakyat Malaysia panik.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment