KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dihadapkan di mahkamah majistret, semalam, atas dakwaan melakukan kelucahan mela#mpau terhadap pesakitnya.
Bagaimanapun, tertuduh, Ahmad Fadhil Alias, 29, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau.
Dia didakwa melakukan per#buatan itu terhadap seorang pesakit lelaki, 20, dari Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir, di sini, di Wad 6A HSNZ.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika disabitkan kesalahan, terhadap mangsa yang juga seorang pelajar di antara 3.15 pagi, pada 17 Januari lalu.
Sejurus pengakuan tidak bers#alah direkodkan, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan ditemani ahli keluarganya diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Rozianti turut menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli.
Sebelum ini, bapa mangsa, 48, mem#buat laporan polis mendakwa pada 17 Januari lalu, anak lelakinya yang dimasukkan ke wad 6A HSNZ untuk menjalani pembedahan tonsil, didatangi seorang lelaki yang kemudian melakukan kelucahan melampau terhadapnya ketika sedang tidur.
Bagaimanapun sebaik tersedar dari tidur, mangsa yang terkejut terus menendang lelaki berkenaan menyebabkan suspek melarikan diri, namun cuba dikejar mangsa.
Ketika melalui kaunter jururawat, ma#ngsa ditegur oleh jururawat mengenai tindakannya sebelum dimaklumkan oleh jururawat berkenaan lelaki yang dikejarnya adalah seorang doktor.
Bimbang kejadian itu berulang, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment