ONEXOX
BannerFans.com

Bapa Bengang Sekolah Paksa Pelajar Beli Baju Sukan Untuk Wakili Sekolah

on Tuesday, March 3, 2015



Seorang bapa kepada pelajar sebuah sekolah di Hulu Langat, Naharuddin Hanif telah melahirkan rasa kesal terhadap tidakan sekolah tempat anaknya belajar selepas dikatakan telah mema#ksa anak-anaknya untuk membeli pakaian sukan untuk mewakili sekolah di peringkat daerah.

“Saya tak faham kenapa pihak sekolah tidak menyediakan pakaian untuk pelajar atau atlet yang mewakili sekolah sedangkan itu adalah tanggungjawab sekolah. Murid yang mewakili sekolah pun bukann#ya ramai tetapi pihak sekolah tetap memaksa murid-murid ini minta duit dengan ibu bapa supaya membayar baju yang disediakan.

“Logik akal, murid-murid ini terpilih mewakili sekolah untuk bertanding di peringkat daerah dan sepatutnya semua kelengkapan ini telah disediakan oleh pihak sekolah dari awal lagi tanpa men#yusahkan ibu bapa,” katanya dipetik dari MalaysiaGazette ketika ditemui di Sungai Serai di sini  hari ini.



Beliau menyifatkan tidakan pihak sekolah tersebuat amat menyusahkan dan tidak beretika kerana memaksa untuk membeli baju tersebut.

“Lebih teruk lagi, pihak sekolah memi#nta murid membeli sendiri kasut untuk acara larian yang harganya tidak kurang daripada RM150 sepasang. Ini semua hanya untuk menyenangkan pihak sekolah tanpa perlu keluar duit melainkan menggunakan kenderaan guru untuk ke lokasi pertandingan."





“Salahkah jika pihak sekolah beli kasut untuk acara larian atau peralatan lain dan guna bila perlu seperti yang berlaku pada anak saya hari ini,” tegasnya.

Menurut beliau lagi, pada tahun lalu ku#mpulan koir sekolah anaknya itu telah terpilih ke pertandingan akhir peringkat sekolah rendah bagi daerah Hulu Langat dan perkara ini turut terjadi di mana kumpulan yang terdiri daripada 15 murid itu juga telah diarahkan membeli pakaian sendiri sesuai dengan kehendak pihak sekolah.



“Patut atau tidak ibu bapa yang sediakan pakaian untuk kumpulan koir sekolah sedangkan mereka ini mewakili sekolah? K#alau ikutkan rasa hati, memang saya tak benarkan anak saya ikut serta pertandingan koir tersebut tetapi sebab kasihankan anak, saya ikut kehendak sekolah.

“Apa yang dapat saya simpulkan, pihak sekolah sengaja mengumpan murid-muridnya untuk kepentingan sendiri yang pada masa sama menyusahkan ibubapa,” katanya.

Beliau meminta kepada kementerian pel#ajaran supaya menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan. Bagi beliau perkara ini bukan melibatkan duit tapi tindakan pihak sekolah seolah-olah memaksa ibu bapa dan murid-murid.

“Saya tak tahu sama ada ini kes terpencil atau tidak tetapi apa yang dilakukan oleh pihak sekolah seperti i#ni amat dikesali lebih-lebih lagi bila murid dijadikan umpan untuk dapat duit," ujarnya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

huduhnya design baju tu...harga xsampai 50 pun lah sehelai..ni mesti cikgu tu amek untung jugak..


March 3, 2015 at 5:09 PM
Anonymous said...

dalam kes ni aku salahkan kementerian then perbendaharaan then menteri kewangan and last pm. Bajet utk pendidikan jangan la dipotong malah ditambahlaa.. bukan sume mak bapak banyak duit macam laki bini sharizat lembu; ini tak, bajet kena tarik konon utk peruntukan "rakyat" sedangkan bajet utk JPM tak berusik!!! aku tak redho anak2 bangsa aku dianiaya demi tembolok pemuja iblis dan setan


March 3, 2015 at 6:52 PM
my shadow said...

tahun dpn anak aku darjah satu............takut jadi mcm ni........aku rasa sekolah nak amik untung.........sbb yuran semua dah bayar nak apa lagi.....,mcm x logik la kena beli sendiri.........pattutnye sekolah kena siapkan kot


March 4, 2015 at 6:22 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved