ONEXOX
BannerFans.com

BIADAB! PEGAWAI KWSP TENGKING & HALAU IBU MENGANDUNG

on Friday, March 6, 2015



Semalam Rabu (04/03), di Tingkat 13 pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Raja Laut, saya dit#engking oleh seorang pegawai KWSP berjawatan Timbalan Pengurus Seksyen Operasi & Prestasi, Jabatan Penguatkuasaan kerana saya meminta satu salinan borang yang saya isi dan meminta pengesahan penerimaan borang.

Hanya kerana meminta pengesahan itu, saya ditengking & dimarah dengan nada yang tinggi dan disaksikan oleh ibu, adik, kakak saya dan kakitangan KWSP yang lain.

Pegawai KWSP itu juga m#encabar kredibiliti pihak polis dengan menyuruh saya membuat laporan polis berkenaan. Beliau menyuruh saya naik ke tingkat 25 bangunan KWSP berjumpa dengan Pengarah KWSP dan menyebut nama beliau di hadapan pengarah.




Beliau juga marah kerana katanya polisi KWSP tidak boleh memberikan salinan pengesahan kepada orang awam. Juga membandingkan sektor pekerjaan saya di bidang kewangan tidak sama dengan sektor pekerjaan beliau di bidang siasatan. Lantas menghalau saya keluar dari bilik pejabat tingkat 13.

Hal ini amat memalukan s#aya di khalayak ramai dan membahayakan keadaan saya ketika itu kerana saya seorang ibu mengandung yang sedang menunggu hari untuk bersalin.

Adakah patut pegawai kwsp berperangai begini sedangkan beliau menerima gaji daripada caruman pekerja seperti saya juga.

Dimanakah integriti pega#wai awam KWSP dalam menangani hal seperti ini?

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved