ONEXOX
BannerFans.com

CUEPACS CADANG UMUR BERSARA DINAIKKAN DARI 60 KE 62 TAHUN

on Saturday, March 7, 2015



KEMAMAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membu#at pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama.

"Pertimbangan umur persaraan p#erlu dibuat, berikutan ekonomi negara yang tidak menentu dalam menuju negara maju.

"Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima tahun sudah nak pencen?" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pem#berita selepas merasmikan Majlis Misi Bantuan Bencana Banjir 2015 anjuran Cuepacs dan Angkasa yang turut dihadiri Setiausaha Perhubungan Angkasa Terengganu, Mohamed Yusoff serta Pengerusi Cuepacs Terengganu, Muhamad Maliki Idris di sini hari ini.




Azih berkata, pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus diberi pertimbangan bagi penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti mempunyai tahap kesihatan yang baik serta masih berminat untuk menyumbang kepakaran tenaga kerja.

"Kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap tahun untuk bayaran pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan kalau umu#r pencen dilanjutkan, mungkin pengaliran keluar wang tidak terlalu tinggi selepas ini.

"Mengenai peluang pekerjaan untuk anak muda, sebenarnya walaupun usia pencen dilanjutkan, peluang untuk anak muda masih ada dan tiada sekatan sebab ada penjawat awam yang pencen disebabkan persaraan wajib, persaraan pilihan serta kekosongan jawatan disebabkan kematian.

Dalam pada itu, Azih berharap kerajaa#n tidak akan menamatkan perkhidmatan kira-kira 70,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak, bermula pada 31 Dis ini.

Beliau yang agak terkilan berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan menamatkan kontrak pekerja ini kerana mereka juga mempunyai tanggungan untuk meneruskan hidup dengan ekonomi negara pada masa kini yang tidak menentu.

"Sekurang-kurangnya kerajaan perlu #beri mereka peluang bekerja dan bukannya menutup peluang mereka dan golongan ini merupakan 'lidah kerajaan' sebenarnya," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved