Gambar sebuah portal berita online tempatan melaporkan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tidak akan masuk ke negeri Kelantan sekiranya kerajaan negeri itu meluluskan h#ukum hudud.
"Khairy Jamaluddin yakin motif PAS dalam melaksanakan Hudud di Kelantan adalah untuk memerangkap ramai pemimpin UMNO yang penuh skandal termasuk dirinya sendiri,"
Bagaimanapun, Khairy menerusi laman Facebooknya menafikan dakwaan itu.
"Siapa lah tak ada kerja la#in sampai terlalu banyak masa lapang untuk Photoshop berita palsu di bawah ini.
"Biasanya saya tak perlu nafikan fitnah seperti ini tetapi oleh kerana ramai yang tanya saya tentang 'berita' ini, maka saya dengan tegas ingin sahkan bahawa ia adalah satu fitnah. I#ni bukan kenyataan saya dan ini juga bukan berita yang diterbitkan oleh Berita Harian. Ini kerja edit gambar.
"Kalau nak menipu pun biar lah logik sikit," katanya.
Menurut sumber, perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu sengaja memfitnah Menteri Belia & Sukan itu bagi melaga-lagakan pemimpin UMNO dan PAS sebagai usaha untuk mengagal#kan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan berikutan pihak anti hudud sudah kekeringan idea untuk menghalang tindakan PAS yang dilihat begitu bersungguh-sungguh.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment