ONEXOX
BannerFans.com

Jurutera Jerman DEDAH BAHAYA Kereta Perodua Myvi dan Alza Yang Boleh MENGUNDANG MAUT !!!

on Sunday, March 15, 2015




KUALA LUMPUR: Catatan blog mengenai seorang warga asing rakyat Jerman yang meluahkan kebimbangan beliau tentang ciri yang terdapat di model kereta Myvi dan Alza keluaran Per#odua tersebar di media sosial minggu ini.

Memetik laporan laman web viraliyat.net, jurutera Jerman yang dikenali sebagai Wolf Vaupel mengadu bahawa panel meter kereta Perodua Myvi yang dibeli pada August 2014 menyala secara automatik apabila enjin dihidupkan.

Dakwa beliau, ciri terse#but boleh membawa “maut” kerana panel meter berlampu menunjukkan lampu depan turut menyala. Tambahnya, ciri ini tidak mematuhi piawaian antarabangsa.





Emel Vaupel turut  dihantar ke pihak Perodua, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), dan syarikat-syarikat insurans. Walaupun tidak menerima maklum balas daripada pihak terbabit, emel berkenaan menjadi trending di media so#sial.

Susulan itu, blogger automotif Paul Tan tampil ke hadapan untuk memberikan penjelasan.

Di laman blog paultan.org, beliau berkata ciri ini dikenali sebagai ‘self-illuminating meter panel’ yang menggunakan beberapa jenis 'backlight' berbanding panel meter bi#asa.

Ciri ini juga terdapat di kereta jenama antarabangsa seperti Toyota dan Kia.

Paul Tan dalam satu video menunjukkan tentang ‘self-illuminating meter panel’ di mana ia akan terus gelap tanpa ‘backlight’.



Sumber: YouTube/Paul Tan

Tambah Paul Tan secara peribadi, panel meter menyala atau tidak bukan petunjuk rasmi lampu depan menyala atau tidak.

“Secara tidak rasmi, mungkin. Tetapi ia bukan satu standard,” jelas beliau.

Selain itu, Paul Tan turut berkata bahawa lampu dalaman akan berubah bergantung kepada jika lampu dep#an dinyalakan atau tidak.




Sumber: YouTube/Paul Tan

Paling mudah sekali, Paul Tan mencadang agar pemandu ke depan kereta untuk memeriksa jika lampu depan menyala atau tidak.

Beliau turut mencadangkan kep#ada Vaupel untuk membeli kereta Perodua Myvi keluaran 2015 di mana panel meter biasa digunakan dan bukan ‘self-illuminating panel meter’.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved