SEORANG kanak-kanak berusia 10 tahun di Yaman nyaris maut apabila dibakar rakannya di dalam sebuah sangkar selepas mereka cuba meniru hukuman yang dilakukan kumpulan mi#litan, Negara Islam (IS) terhadap juruterbang Jordan.
Mangsa yang belum didedahkan identiti itu, dilapor telah diserang oleh lebih dari tujuh kanak-ka#nak sebelum mereka mengurungnya di dalam sebuah sangkar di kampung Dahtaht.
Ketika mangsa mula dibakar, sekumpulan penduduk telah melihat kejadian itu dan menyelamatkannya daripada maut di dalam sangkar berkenaan.
Baru-baru ini dunia dige#mparkan dengan hukuman bakar hidup-hidup terhadap juruterbang Jordan, Muaz Alkasasbeh oleh IS.
Hukuman seumpama itu adalah yang pertama dilakukan kumpulan militan terhadap tawanan selepas hukum#an lain seperti tembak dan sembelih.
Kanak-kanak yang cuba membakar rakan mereka itu didakwa mendapat idea untuk bertindak demikian sele#pas melihat video pembunuhan juruterbang Jordan di telefon bimbit milik ahli keluarga.
Berikutan kejadian tersebut, kaki kanan mangsa melecur dan dia berada dalam keadaan trauma.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment