ONEXOX
BannerFans.com

KANTOI LAGI! PENJAWAT AWAM YANG BEGA SEDANG BERSARAPAN DI WAKTU PEJABAT BERTEMPIARAN LARI

on Monday, March 2, 2015



SHAH ALAM - Beberapa penjawat awam yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran bertempiaran lari menggunakan pintu belakang sebaik saja ternampak kenderaan Setiau#saha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi mendekati restoran berkenaan.

Itulah antara gelagat yang dapat dilihat ketika SUK membuat pemeriksaan mengejut ke atas beberapa premis makanan bagi menangkap kakitangan awam yang makan dan minum di waktu pejabat.

Menurut Khusrin, semenjak pe#mantauan yang dilakukannya itu bulan lalu, kira-kira 100 penjawat awam didapati melanggar peraturan.




“Hari ini merupakan kali kedua kita menjalankan pemantauan sebegini bertujuan mendidik penjawat awam mengenai kesalahan yang mereka telah lakukan. Hari ini kita dapat kesan 30 kakitangan awam dan saya percaya ada ramai lagi yang berjaya meloloskan diri apabila melihat kereta saya,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia.

Menjelaskan lebih lanjut, setiap pen#jawat awam yang ditahan akan diambil butiran peribadi dan dihantar kepada ketua jabatan masing-masing bagi tindakan selanjutnya.

Mana-mana penjawat awam yang didapati melakukan kesalahan itu akan diberikan kaunseling agar mereka lebih tahu akan tanggungjawab dan peraturan yang telah ditetapkan.











Sungguhpun hari pemantauan pertam#a di bulan Februari yang lalu telah menjadi viral di media sosial, namun masih ada segelintir penjawat awam sama ada dari agensi Persekutuan, negeri dan PBT masih lagi menganggap budaya minum pagi itu sebagai satu kemestian.

“Pemantauan akan terus dilaksanakan a#gar budaya ini dapat kita kikis sepenuhnya demi memartabatkan kembali perkhidmatan awam,” tegasnya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved