ONEXOX
BannerFans.com

Khairy Jamaluddin 'Cuba Nasib' Jadi Pengarah Filem

on Friday, March 6, 2015



PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin buat pertama kali menceburi bidang pengarahan apabila terlib#at di belakang kamera bagi mengarah sebuah filem pendek yang dijadual ditayangkan pada Jumaat.

Khairy merupakan antara 18 pengarah yang menyumbang kepada Ikal Mayang iaitu projek filem pendek bagi membantu golongan wanita.

Projek ini merupakan cetusan idea daripad#a organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.

Presidennya, Low Ngai Yuen berkata, pada awal penggambaran sekitar Oktober tahun lalu, Khairy kelihatan agak gementar namun beliau berjaya menyesuaikan diri.

"Daripada pemerhatian saya, beliau sangat selesa melakukan kerja pengarahan.

"Malah beliau sendiri berjalan sejauh 50 mete#r untuk memberi arahan kepada pelakon tanpa menggunakan alat pembesar suara," katanya.

Khairy mengarahkan filem pendek berjudul Teguh yang ditulis oleh pelakon Ida Narina.

Teguh mengisahkan tentang seorang pemain skuasy profesional yang dilakonkan oleh pemain skuasy negara, Sharon Wee yang pulih daripada kemalangan serius dan kemudiannya mendapat inspirasi daripada seo#rang perenang paralimpik.

"Ida membantu Khairy untuk menulis jalan cerita filem pendek tersebut, namun idea asalnya ialah daripada beliau sendiri selepas bertemu dengan kedua-dua atlet itu sebelum ini," katanya.




Menurut Low lagi, dia mempela Khairy yang ketika ini berada di Amerika Syarikat atas urusan rasmi selepas ahli politik itu berlakon dal#am filem pendek berjudul Inspektor Mastura arahan Elaine Daly menerusi projek Ikal Mayang 2013.

"Beliau sangat peka dengan isu wanita dan sentiasa menyokong projek kami. Beliau sangat terbuka dan tahu apa yang diperkatakannya," ujarnya.

Sebelum ini, Khairy juga pernah berlakon sebagai pemandu teksi dalam filem pendek berjudul Meter arahan Benji Lim dan Bahir Yeus#uff pada 2009.

Selain Khairy, pengarah lain yang turut terlibat dalam projek Ikal Mayang 2015 ialah Lisa Surihani, Pete Abdullah, Afdlin Shauki, Kavita Sidhu, Vince Chong, Carmen Soo, Davina Goh, Wak Doyok, Kang Zetty Anis, Soosan Hoh, Tan Chui Mui, Michael Cooke, Elza Irdalynna, Rachael Malai Ali Lee Yve Vonn dan Adibah Nor.

18 filem pendek itu akan mula ditayangkan berm#ula Jumaat hingga 8 Mac ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved