ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU HATI DIANA RAFAR, 'KAMI TIDAK PERNAH BERDENDAM'

on Sunday, March 1, 2015




Ramai yang tidak menyangka, perkahwinan Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang dibina atas dasar cinta pada 16 Mei 2009 berakhir begitu saja pada 15 Januari yang lalu, terny#ata mengejutkan ramai pihak.

Bagi Diana Rafar, dia percaya jika ada jodohnya dengan bekas suaminya itu, dia pasti akan kembali dan tidak ke mana-mana.

Ramai peminat yang mendoakan ag#ar pasangan ini kembali bersama. Baca luahan hati Diana Rafar mengenai kes perceraiannya ini.

"Saya menjalani kehidupan macam biasa. Rutin harian menjaga anak, perniagaan dan karier sebagai anak seni berjalan seperti selalu. Terlalu banyak yang saya pelajari atas perpisahan ini. Mungkin ada rahmat di sebalik dugaan perpisahan ni berlaku.

"Saya dan Zamarul tak pernah ber#musuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul," katanya.

Bagi Diana, perpisahan itu menjadi peluang dan ruang untuk kedua-dua mereka bermuhasabah diri agar menjadi insan yang lebih baik selepas ini.

"Apa yang berlaku menjadi ruang u#ntuk saya sendiri menilai mana sahabat dan orang yang benar-benar ikhlas untuk urusan perniagaan ataupun persahabatan dan yang mana lawan serta sebaliknya. Insya-Allah saya lebih berhati hati selepas ni.




"Saya tak nafikan ada orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku. Mungkin juga orang terdekat, sahabat atau sebagainya tapi bagi saya biarlah semuanya ini menjadi iktibar supaya saya lebih berhati hati selepas ini," katanya

Ditanya mengenai ulasan bekas su#aminya yang disiarkan dalam portal Berita Harian, Diana memuji bagaimana Zamarul menjelaskan setiap inci yang terjadi tanpa mengaibkan sesiapa.

"Saya bangga dengan kenyataan Zamarul yang matang dalam mengatasi situasi dan keadaan. Apa pun dia tetap bapa kepada anak saya. Saya tidak sekali pun membenci atau gembira dengan apa yang terjadi," katanya.

Ditanya apakah beliau masih menya#yangi bekas suaminya itu seperti mana Zamarul menyayangi sehingga kini, Diana hanya membiarkan persoalan itu berlalu sepi.

"Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah," katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved