MERLIMAU - Melaka tidak mustahil mengikuti Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksan#akan undang-undang hudud sekiranya penduduk Islam di negeri itu melebih 92 peratus.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, bagaimanapun Melaka hanya mempunyai kira-kira 59 peratus penduduk Islam dan selebihnya bukan Islam sekali gus perlu melihat kepada majoriti agama agar sistem perundangan negeri itu bersistematik.
Bagaimanapun, beliau me#nyambut baik dan mengalu- alukan hudud di Kelantan dan yakin rata-rata rakyat negeri itu ingin melihat undangundang berkenaan dapat dilaksanakan.
Katanya, dengan perlaksanaan hudud akan menambah baik lagi sistem undang- undang syariah negara.
“Syabas Kerajaan Negeri Kelantan biarpun ia dibentangkan selepas pemergian Tok Guru Nik Aziz yang begit#u inginkan hudud dilaksanakan di negeri itu.
“Ini manifestasi kerajaan Kelantan dan udang-undang ALLAH iaitu undang-undang Pencipta dan manusia yang melaksanakannya, hanya untuk orang Islam sahaja,” katanya.
Idris berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Merlimau Sentral sempena lawa#tan kerja ke Dun Merlimau di Tapak Kompleks Merlimau Sentral, semalam.
Tambahnya, di Melaka tunggu dan lihat untuk hudud dilaksanakan.
“Kita lebih melihat yang baik un#tuk orang Islam. Di Melaka tunggu dan lihat,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment