ONEXOX
BannerFans.com

Michael Jackson maut terlanggar bahu jalan

on Wednesday, March 18, 2015



PUCHONG – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang terbabas melanggar bahu jalan di Kilometer S3.7, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran susur keluar Puchong Intan, lewa#t malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.49 malam itu, mangsa, Michael Jackson @ J Stephan dipercayai dalam perjalanan dari arah Putrajaya ke Subang Jaya.

Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5  ditunggang mangsa terbabas, sebelum melang#gar bahu kiri jalan.




Sumber berkata, mangsa terpelanting beberapa meter dan jatuh di jalan mati bersebelahan laluan lebuh raya tersebut.

“Kejadian hanya disedari orang awam yang melihat mayat mangsa di tepi jalan, sebelum bertindak menghubungi amb#ulans.

“Pegawai perubatan yang dikejarkan ke lokasi mengesahkan mangsa yang cedera parah sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawa#h Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Inspektor Mohammad Zul Helmi Khalid ditalian, 03-78627222 ba#gi membantu siasatan.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved