ONEXOX
BannerFans.com

PEKERJA SWASTA TERPAKSA SOLAT BERSEMBUNYI DI TEMPAT KERJA

on Friday, March 13, 2015



KULIM - Hampir setahun seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di bandar ini yang hanya mahu dikenali Haiza, 28, terpaksa menunaikan solat secara bersembunyi di temp#at kerjanya.

Haiza yang juga terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa setelah kematian kedua orang tuanya berkata, sejak dari mula dia memperoleh pekerjaan tersebut pihak syarikat telah memberi peringatan mengenai perkara itu.

Menurutnya, akibat terde#sak dan memerlukan wang untuk menanggung perbelanjaan adik-beradiknya dia terpaksa menerima pekerjaan tersebut dan akur akan syarat itu.

“Pada awal saya ditemu duga lagi pihak syarikat telah memberitahu tidak boleh solat di tempat kerja, namun saya terpaksa terima pekerjaan itu kerana keadaan mendesak.

“Saya terpaksa mencari sumber penda#patan untuk menampung keluarga dan lokasi yang dekat dengan tempat tinggal supaya mudah untuk memantau adik-beradik saya.

“Saya memang terkejut dengan syarat tersebut namun seorang staf di bahagian sumber manusia syarikat tersebut sempat berpesan supaya melakukan solat secara sembunyi,” katanya kepada Sinar Harian.




Tambahnya, setiap kali tiba waktu so#lat dia terpaksa memastikan keadaan selamat dan tidak diketahui majikannya.

“Saya tetap melakukan solat, namun kena cari masa sesuai dan memastikan keadaan selamat kerana bimbang saya hilang pekerjaan,” katanya.

Katanya, bukan tidak cuba mencari pekerjaan lain namun kesukaran untuk mendapatkannya dan pernah berpenga#laman mengalami nasib yang sama membuatkannya pasrah.

“Saya bukan tak mahu cari kerja lain, saya sudah berusaha namun belum ada peluang,” katanya.

Haiza berkata, bukan untuk bersikap perka#uman namun ia adalah hakikat sebenarnya masih ada diskriminasi terhadap bangsa lain di negara ini.

“Saya berharap ada pihak memantau perkara ini. Saya juga bercadang untuk mengadu kepada pihak berwajib tidak lama lagi,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved