Gambar seorang wanita meletakkan bayinya dipangkuan ketika sedang memandu kereta tersebar meluas di lam#an sosial.
Gambar itu dimuat naik di laman Facebooknya bagi menyindir sesetengah pihak yang kerap berselisih pendapat mengenai cara-cara menjaga bayi/anak masing-masing.
Baby manja
Mesti ada yang nak gatal tangan nak komen "Eee bahaya lah... Kena letak dalam carseat!"
Ahhhhh shadap uols muahahahahah!
Memang tepat sangkaa#n si ibu berkenaan apabila ada rakan Facebook yang menegur perbuatannya itu amat bahaya. Bagaimanapun, jawapan balas dari wanita itu juga agak mengejutkan.
"Kalau awak baca komen2 saya dekat sini, dah bgtau yg saya tak suka biar anak menangis. Rimas, lagi huru hara nak driving. And budak kalau dah biasa nangis kita buat taktau je #nanti dia memberontak and dia ingat nangis tu perkara biasa je nak nangis nak mengamuk ikut suka hati dia. Lain org, lain caranya. Kalau awak suka dgr anak awak melalak, but not me. Yes memang bahaya tapi i know best for me and for everyone too. Kalau anak mula meragam (so far tak pernah), inshaa Allah saya akan slowly bagi signal dan berhenti tepi jalan sampai anak boleh calm down balik. Thank you,"
Benar kata si ibu berkenaan, lain orang, lainlah cara mereka menjaga anak masing-masing. Atas satu matlamat yang sama, semua ibu mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.
Akan tetapi, aspek keselamata#n perlu lebih diutamakan lebih-lebih lagi melibatkan nyawa anak yang kita sayang.
Penggunaan kerusi keselamatan atau Carseat itu adalah amat penting bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin lebih-lebih lagi apabila pemandu terpaksa menekan brek kecemasan untuk mengelak sebarang objek di hadapan semasa memandu.
Kerusi keselamatan yang dikunci #menggunakan tali pinggang keledar itu dapat mengelakkan anak-anak dari tercampak ke bahagian belakang yang mana akan menyebabkan mereka tercedera.
Berbalik kepada masalah si ibu di atas, persoalan kami hanya satu,
"Awak nak dengar si kecil menangi#s sepanjang perjalanan atau awak takkan dengar si kecil menangis lagi buat selama-lamanya?"
Demi keselamatan si kecil, gunakanlah kerusi keselamatan bayi. Berbeza pendapat sekali pun, usahlah melenting apabila ditegur. Mereka menegur kerana sifat sayang sesama manusia itu masih ada di dalam diri.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment