ONEXOX
BannerFans.com

PUTUS CINTA, PELAJAR 17 TAHUN MAUT TERJUN DARI TINGKAT 10 SMK SRI SENTOSA

on Monday, March 2, 2015



KUALA LUMPUR - Mayat seorang remaja lelaki ditemui berlumuran darah di padang sekolah SMK Sri Se#ntosa dipercayai akibat putus cinta dan tertekan dengan hal itu, tengah hari semalam.

Pelajar yang berusia 17 tahun itu dipercayai terjun dari tingkat 10 bangunan sekolahnya yang terletak di Jalan Kuchai Lama, ketika waktu persekolahan.

Difahamkan, remaja terba#bit sebelum itu meminta izin untuk ke tandas. Namun, masa yang diambil terlalu lama menyebabkan guru dan rakan-rakannya mencari mangsa dan menemui buku nota yang mengandungi ayat ucapan selamat tinggal kepada rakan serta guru.



Mangsa ditemui oleh beberapa orang pelajar yang berada di sekitar padang sekolah. Mangsa berlumuran darah di bahagian hidung.





Unit Forensik mengesahkan tiad#a unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Polis berkata, punca kejadian dipercayai akibat putus cinta dengan wanita yang mungkin menyebabkan mangsa tertekan kerana cintanya tidak kesampaian.

Menurut rakan dan guru sekola#hnya, mangsa seorang yang ceria, berdisiplin, suka menolong dan tidak menimbul masalah di sekolah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved