ONEXOX
BannerFans.com

WANITA ENGGAN TUTUP PINTU TANDAS CUCI BERAK PUNCA PENERBANGAN DITANGGUH 3 JAM. MEMANG ADA PUNCA!

on Thursday, March 5, 2015


Polis (kiri) terpaksa dipanggil setelah wanita terbabit enggan menutup pintu tandas. Ini memaksa kapten kapal mengarahkan wanita terbabit dan anaknya turun daripada pesawat. -Foto Apple Daily

HONG KONG - Satu penerba#ngan Dragonair ke Beijing telah ditangguhkan hampir tiga jam selepas seorang wanita enggan menutup pintu tandas kabin ketika dia sedang membersihkan lampin anaknya.

Penerbangan KA902 dengan muatan 277 penumpang itu pada mulanya dijadualkan berlepas dari Hong Kong jam 15:00 petang.

Bagaimanapun. pesawat terbab#it akhirnya berlepas pada 17:50 dan tiba di Beijing pada 08:54.

Kelewatan tersebut sekaligus membuatkan penumpang lain berang, lapor Apple Daily.

Seorang penumpang dengan nama kel#uarganya Chan berkata, ketika semua orang sedang duduk dan menunggu untuk berlepas, mereka telah terbau sesuatu yang kuat dari tandas.

Bau tersebut berpunca daripada anak seorang wanita yang dipercayai mengalami cirit-birit.

Wanita itu dikatakan telah menggun#akan sinki dalam tandas untuk membersihkan punca kepada bau kuat tersebut, yang dipercayai najis anaknya.




Beliau dilaporkan menolak permintaan pramugari untuk menutup pintu tandas tersebut dan terlibat dalam pertengkaran dengan penumpang lain.

Berikutan insiden tersebut berlanjut#an, polis telah dipanggil dan kapten kapal tersebut terus mengarahkan ibu dan anaknya turun daripada pesawat tersebut.

Anak-anak kapal memerlukan masa untuk memunggah bagasi pasangan tersebut, dan syarikat penerbangan itu telah mengaturkan pekerja pembersihan untuk membersihkan tandas, yang menjadi punca penerbangan tersebut ditangguhkan.

Seorang penumpang wanita yang melanco#ng dengan anak diarah turun dari pesawat kerana tingkah laku beliau di atas dianggap tidak sesuai dan atas sikap beliau enggan memberikan kerjasama, kata Dragonair dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan itu juga memohon maaf kepada penumpang yang lain kerana terjejas oleh kelewatan kerana insiden terbabit.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved