ONEXOX
BannerFans.com

Gambar Dan Identiti Dua Wanita Cun Melecun Dedah Mesej Lucah Pelawak Terkenal Kini Terbongkar

on Wednesday, April 8, 2015



Dua wanita yang mendedahkan perilaku buruk seorang pelawak kasanova berbuat demikian bukan untuk mencari publisiti murahan tetapi mahu memberi amaran kepada wanita lain supaya tidak menjadi mangsa.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Sasha membuat pendedahan bagi mengingatkan pelawak terkenal itu supaya tidak berasa terlalu yakin dia boleh terlepas begitu saja.

Bagi menegakkan hak wanita, dia sanggup berdepan tuduhan menjadi punca pelawak terkenal itu berani membuat kelakuan sumbang atas alasan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

“Saya terpanggil untuk tampil bukan kerana ingin mencari publisiti murahan tetapi ingin menegakkan hak sebagai seorang wanita. Kini, saya turut minta nasihat daripada rakan-rakan untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya lagi, dia tidak akan mempedulikan komen negatif terhadapnya kerana tahu dia bertindak atas prinsip berani kerana benar.

Sebelum ini Sasha mendedahkan mengenai seorang pelawak terkenal yang sering meminta gambar lucah dan menghantar mesej berbaur seks kepadanya menerusi aplikasi WeChat.

Mangsa terbaru Katherine mendedahkan pelawak berkenaan berani mengganggunya walaupun memberitahu sudah mempunyai teman lelaki.

Dia bukanlah mangsa pertama perlakuan jijik pelawak terkenal itu yang sering menghantar mesej lucah dan meminta gambar bogel mereka.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved