ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU HATI AHLI PARLIMEN BN TERKESAN DENGAN GST

on Wednesday, April 22, 2015



Ingatkan rakyat marhaen saja yang merungut 'dibebankan' dengan Cukai Barnagan dan Perkhidmatan (GST), rupanya pemimpin politik juga turut terkesan.

Terpaksa membayar GST sebanyak RM1,200 untuk rawatan anaknya, Ahli Parlimen Sepanggar (BN), Datuk Jumat Idris meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman Facebook.

Dalam kenyataannya itu, beliau memahami kesusahan rakyat yang terkesan oleh GST selepas dirinya terkena bayaran GST sebanyak RM1,200 setelah membawa anaknya ke sebuah hospital swasta untuk rawatan sakit saraf dan tulang belakang bengkok.

"Kos konsultasi kena 6% lagi." katanya.

"Rawatan saraf RM20,000, GST RM1,200. Belum masuk bil lain hari ni dah kena RM5,000. Memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan Mei ni kena berteriak kat parlimen pula," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved