ONEXOX
BannerFans.com

MENTERI AMARAN BERSUARA: HISHAMMUDDIN BERI AMARAN KEPADA TUN DR MAHATHIR

on Monday, April 20, 2015



PUTRAJAYA - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kerajaan tidak melayan kritikan terbuka yang dibuat oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Jelas Naib Presiden UMNO itu, perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO tidak akan pernah selesai.

“Sampai kiamat pun tidak akan selesai,” katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir berkenaan kritikannya yang terlalu terbuka itu kerana tindakan itu akan memberi kesan kepada parti dan pimpinan negara.

“Nak melayani setiap tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pimpinan negara saya sebut hari itu supaya jangan sampai jejaskan kepimpinan, jangan sampai jejaskan parti, jangan sampai jejaskan pentadbiran negara,” tegasnya.

Jelas Hishammuddin, apa yang penting pada ketika ini adalah bersatu padu dan melihat ke hadapan.

*Anak orang yang lahir di dulang emas tidak akan pernah faham masalah rakyat kerana mereka tidak pernah merasa hidup susah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved